teman-teman

subhanallah aku mencintainya
akulah hati yang kau sakiti

Wednesday, December 18, 2013

Subhanallah, aku mencintainya..

Ukhtifillah,

Beri sepenuh diri pada dia sang lelaki suci yang dengan sepenuh hati membawamu kehadapan Tuhanmu,
Untuknya dirimu ada, itu kata otakku, terukir dalam kitab suci, tak perlu dipikir lagi.
Tunggu sang lelaki itu menjemputmu, dalam rangkaian khitbah dan akad yang indah.
Atau kejar sang lelaki suci itu, kerana itu adalah hakmu, seperti dicontohkan ibunda Khadijah. Jangan ada ragu, jangan ada malu, semua terukir dalam kitab suci.

Ukhtifillah,

Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati ikhlas.
Relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu,
mungkin sekarang atau nanti, bahkan mungkin tak ada sampai kau mati.
Mungkin itu bererti dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di fana saat ini.
Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu,yang kau bangun dengan segala kekhusyukan tangis do'amu.

Ukhtifillah,

Pilihan Allah tak selalu seindah inginmu, tapi itu pilihan-Nya.
Tak ada yang lebih baik dari pilihan Allah.
Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang terpilih itu, melainkan pada jalan yang kau pilih, seperti kisah seorang wanita sudi di masa lalu yang meminta ke-Islam-an sebagai mahar pernikahannya.

Atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu menerima keputusan Sang Kekasih Tertinggi. Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan menerima cinta
dalam setiap denyut nadi kita. :')

Cinta manusia itu jika mahu dipilih , pilihlah yang buat kamu dekat pada Tuhan , bukan melemahkan, merimaskan , menyesakkan sampai satu apa pun tak jalan . The time will definitely come . Jangan difikir sampai kalian lupa zikir. 

by cik_ija

Related Posts with Thumbnails